BOE Ingin Terapkan Langkah Kadar Faedah Di Bawah Sifar?

331

Pandangan dan ulasan terkini dari pegawai atasan BoE mengenai kadar faedah negatif telah menghidupkan kembali perbincangan penerapan langkah tersebut pada masa akan datang bagi mengurangkan impak Covid-19 terhadap ekonomi.

Sejak berlakunya krisis pandemik Covid-19 pada bula Mac, BoE telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 2 kali ke paras terendah 0.1%. Sebilangan besar ahli ekonomi menjangkakan langkah seterusnya adalah meningkatkan program pembelian bon sebanyak 645 bilion pound ($ 783 bilion) seawal pada 18 Jun.

Sebilangan para pelabur pada hari Isnin berpendapat bahawa BoE berkemungkinan akan menurunkan kadar di bawah sifar pada akhir tahun 2020 kerana UK berhadapan dengan kemelesetan ekonomi yang terburuk dalam tiga abad ini.

Indikasi ini bermula daripada komen ketua ekonomi BoE, Andy Haldane yang mengulas bahawa langkah kadar faedah negatif mungkin diperlukan dan peningkatan pembelian aset berisiko.

Walaubagaimanapun langkah ini terdapat tantangan oleh segilintir pakar ekonomi sepertir Alan Monks bahawa walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan MPC, namun perbahasan ini tidak patut dikaji semula.

Disisi lain, Bank pusat Eropah (ECB) dan Bank pusat Jepun (BoJ) telah menurunkan penanda aras kadar faedah di bawah sifar sebagai langkah untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Menurut Rob Wood, ahli ekonomi dari BofA Global Research bahawa BoE perlu mengambil masa yang ada untuk mempertimbangkan pilihan lain sebelum mengimplimentasikan langkah kadar faedah dibawah sifar.

Penurunan kadar faedah dibawah sifar dijangka akan melemahkan lagi matawang sterling dimana ketika ini isu perbincangan pasca Brexit masih dalam kebuntuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat