BOE Menemui Jalan Buntu? Kadar Faedah Dan Inflasi Jadi Kerisauan Utama Pasaran!

348

Pada hari ini, timbalan Gabenor Bank England Ben Broadbent menyatakan bahawa inflasi di Britain mungkin “melebihi” 5% pada April dan pasaran tenaga kerja yang berisiko boleh mendorong inflasi yang berterusan.

Pentadbiran BoE yang cuba mengemudi ekonomi bangkit daripada pandemik menyatakan bahawa bahawa inflasi akan mencecah kira-kira 5% pada suku kedua 2022 sebelum mula catat kemerosotan. Atas dasar itu, Broadbent mencadangkan bahawa ramalan inflasi mungkin perlu dinaikkan lagi.

“Kadar inflasi agregat berkemungkinan meningkat lagi dalam beberapa bulan akan datang dan kemungkinan besar ia akan melebihi 5% apabila had Ofgem bagi harga tenaga diselaraskan nanti pada bulan April,” kata Broadbent.

Mengenai persoalan adakah perkembangan varian Omicron Covid-19 akan mempengaruhi prinsip beliau terhadap faedah, Broadbent memilih untuk tidak mengulas tentang hal tersebut sambil menekankan undian terhadap kadar faedah tidak akan didorong oleh satu faktor namun berbagai faktor.

Beliau memberi rincian dengan mengatakan bahawa terdapat sebab untuk menganggap lonjakan inflasi bagi barangan baru-baru ini, yang didorong oleh isu rantaian bekalan global terdapat kemungkinan akan pudar. Disisi yang berbeza, walaupun pengangguran lebih tinggi berbanding sebelum wabak, pasaran pekerjaan masih boleh mendorong inflasi terutamanya berikutan kekurangan pertambahan pekerjaan.

Matawang sterling catat pengukuhan yang sedikit selepas ulasan daripada Broadbent dan harga bon UK sedikit susut. Pasaran kini menjangkakan bahawa kebarangkalian BoE akan menaikkan kadar daripada 0.1% kepada 0.25% pada 16 December adalah 50% kerana kemunculan varian Omicron baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat