BOE Mesti Pening Kepala Tengok Data Pekerjaan UK!

425

Kehangatan dalam pertumbuhan gaji UK terus meningkat pada bulan Julai walaupun semakin banyak tanda-tanda yang menunjukkan pasaran buruh semakin perlahan.

Data terbaru yang dikeluarkan pada awal sesi Eropah melihatkan kadar pengangguran UK meningkat kepada 4.3% dalam tempoh tiga bulan hingga Julai daripada 4.2% sebelumnya.

Ia merupakan angka tertinggi yang dicatatkan sejak September 2021, menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS).

Pekerjaan pula dilaporkan menurun sebanyak 207,000 lebih daripada jangkaan yang merupakan kejatuhan terbesar sejak tiga bulan hingga Oktober 2020.

Meskipun begitu, pertumbuhan upah terus menunjukkan peningkatan kepada 8.5% tahun ke tahun dalam tempoh tersebut, melebihi kadar inflasi semasa pada 6.8%.

Hal ini menyebabkan pelabur berbelah bahagi mengenai jangkaan seterusnya terhadap langkah yang akan diambil oleh Bank of England (BOE).

Bank pusat itu akan bermesyuarat pada Khamis minggu depan, sehari selepas terbitnya data inflasi UK.

Dengan pasaran buruh yang semakin perlahan, dan inflasi upah pula meningkat, ia pastinya sukar buat BOE untuk membuat keputusan.

Namun, pelabur akan meneliti data seterusnya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK yang bakal diterbitkan pada sesi Eropah esok.

Reaksi awal mata wang menunjukkan pound sedikit berubah dengan harga kekal mendatar pada sekitar harga 1.25000 berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat