BOE Terdesak, Kenaikan Gaji Jadi Sasaran Menghambat Inflasi!

548

Dua pegawai atasan Bank of England (BOE) pada hari ini telah memberi cadangan agar kenaikan gaji dikekang bagi menghambat peningkatan inflasi yang telah meningkat ke paras tertinggi 30 tahun selepas menaikkan kadar faedah.

Gabenor Andrew Bailey mengatakan tekanan kenaikan gaji dapat menghambat kemampuan BoE untuk mengatasi kenaikan inflasi. Bailey secara umumnya menyatakan, “Kita perlu melihat kekangan dalam tawar-menawar gaji jika tidak, ia akan hilang kawalan”.

Kesan inflasi terhadap taraf hidup menimbulkan cabaran besar kepada kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson, yang juga kini sedang berhadapan dengan kritikan. Menteri Kewangan Rishi Sunak mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan daripada lonjakan 54% dalam kos tenaga pada April lepas, apabila sumbangan keselamatan sosial yang lebih tinggi juga turut mempengaruhi taraf hidup.

Ketua Ekonomi BoE Huw Pill juga antara yang menyokong pandangan Bailey mengenai hal ini bahawa kenaikan gaji harus dikekang.

Pada hari Khamis BoE menaikkan kos pinjaman untuk kali kedua dalam dua bulan, menjadikan Kadar Banknya kepada 0.5%. Hampir separuh penggubal dasarnya mahukan peningkatan yang lebih besar kepada 0.75%.

BoE melaporkan inflasi harga pengguna pada 5.4% bagi bulan Disember dan dijangka ditetapkan untuk mencecah sekitar 7.25% pada April berikutan kos tenaga yang melonjak sebelum menurun, dan pendapatan selepas cukai untuk isi rumah bekerja akan jatuh sebanyak 2% tahun ini.

Bailey berkata BoE menghadapi “keseimbangan yang sangat sukar” untuk mengemudi ekonomi antara kejatuhan taraf hidup dan perjuangan untuk menurunkan inflasi. BoE pada hari Khamis menandakan pengetatan sederhana lagi “dalam beberapa bulan akan datang.”

Pelabur disisi lain pada hari Jumaat menjangkakan kenaikan kos pinjaman pada mesyuarat BoE seterusnya dengan kadar niaga hadapan menunjukkan Kadar Bank mencecah 1.0% menjelang Mei dan hampir 1.5% sejurus Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat