Boleh Ke Emas Cecah Harga $1,900 Hari Ini?

787

Emas kembali menyambung dagangan di sekitar paras ketinggian 9 tahun selepas sekali lagi merekodkan kenaikan di tahap tertinggi terbaru pada $1898.32 per auns ketika sesi New York.

Memasuki sesi Eropah hari ini, spot emas didagangkan berlegar di sekitar harga $1,886 per auns, sementara niaga hadapan emas pula susut sedikit kepada $1,885.45 per auns.

Logam berharga ini juga bakal mencatatkan kenaikan mingguan terbesarnya dalam tempoh lebih dari tiga bulan setelah meningkat lebih 4% pada minggu ini ketika matawang US dolar terus didagangkan lemah.

Tanda-tanda yang semakin meningkat bahawa wabak coronavirus yang berpanjangan menyebabkan terbantutnya pemulihan ekonomi dan ketegangan AS-China yang semakin meruncing telah menyokong permintaan terhadap logam kuning itu.

Emas terus meraih pengukuhan menghampiri paras harga $1,900 per auns, setelah data pekerjaan menunjukkan peningkatan mengejutkan dalam jumlah tuntutan pengangguran di AS.

Ini menunjukkan kesan daripada peningkatan berterusan kes baru Covid-19 di negara itu telah mengakibatkan usaha pembangunan semula ekonomi terjejas.

Pada Khamis, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 1,000 kematian baru akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 633,425 sementara kes jangkitan pula mencecah 4 juta, menurut data Johns Hopkins University.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat