Boleh Ke Ringgit Menguat Jika Fed Henti Naikkan Kadar Faedah?

420

Rentetan daripada data terbaru inflasi Amerika Syarikat bulan Mei, pelabur menguatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisinya awal pagi esok.

Susulan itu, ketua ekonomi Bank Muamalat, Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa ia mungkin memberi rangsangan kepada mata wang ringgit Malaysia untuk menguat.

Indeks harga pengguna (CPI) AS tanpa dijangka meningkat 4.0% pada bulan lepas, lebih rendah berbanding jangkaan untuk kenaikan 4.1% dan menurun daripada 4.9% yang dicatatkan pada April.

Pun begitu, ringgit gagal memberi reaksi ketara susulan data tersebut, sebaliknya kekal didagangkan rendah pada 4.61 berbanding dolar Amerika pada sesi dagangan hari ini.

Berbalik kepada tajuk asal, boleh ke ringgit menguat jika Fed menghentikan sementara kenaikan kadar faedah?

Ia mungkin boleh memberi sokongan sementara untuk ringgit menguat, namun jika dilihat melalui pandangan lebih luas, mata wang tempatan berpotensi untuk terus melemah.

Hal ini berlaku apabila mengambil kira faktor-faktor dalaman dan luaran lain seperti keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan keadaan ekonomi global yang dilihat semakin melembap terutamanya China.

Beijing kini bergelut untuk mencatat pemulihan susulan penutupan Covid-19nya tahun lalu, di mana data-data ekonomi menunjukkan pertumbuhan tidak sekata.

Ini menyebabkan China meningkatkan rangsangan dalam dasar monetari dan fiskal di tengah-tengah krisis pasaran hartanah yang meningkat dan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan.

Dari segi faktor dalaman pula, penyusutan semasa ringgit dikaitkan dengan aliran keluar pelabur asing yang semakin meningkat sejak akhir-akhir in mendorong ringgit melemah berbanding mata wang lain.

Malah dalam perkembangan baharu, ringgit melemah ke paras terendah terbaru sepanjang masa berbanding dolar Singapura kepada 3.41.

Konklusinya, ringgit berpotensi untuk menguat jika Fed hentikan sementara pengetatannya, tetapi faktor-faktor lain boleh membataskan pengukuhan mata wang tempatan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat