Boleh Naik Lagi AUD/USD Walaupun Sentimen Pasaran Tak Menentu

332

Dolar Australia didagangkan meningkat pada sesi Asia hari ini dengan kenaikan lebih tinggi berbanding pergerakan mendatar dipamerkan sejak minggu lalu.

Peningkatan nilai dolar Aussie didorong oleh bacaan kadar inflasi Australia untuk suku tahun ketiga yang diterbitkan meningkat kepada 1.6% lebih tinggi berbandig jangkaan. Bacaan positif tersebut menunjukkan pemulihan pada sektor pengguna selepas merosot 1.9% pada suku kedua.

Walaupun sentimen pasaran berisiko, dolar Aussie berjaya mengambil peluang untuk meningkat pada sesi Asia hari ini, namun pelabur perlu berwaspada menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia pada minggu hadapan.

Berdasarkan tinjauan para ahli ekonomi, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan meningkatkan pembelian bon kerajaan sehingga A$ 100 bilion dolar ($71.29) pada mesyuarat terbaru selain jangkaan untuk menurunkan kadar faedah ke paras lebih rendah.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah membuat kenaikan sehingga ke paras 0.71500 menguji paras ketinggian pada dagangan Jumaat lalu pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan seterusnya akan menyaksikan paras tumpuan lebih tinggi seperti 0.71800, 0.72000 dan 0.72400 antara paras yang akan diuji.

Namun jika harga kembali ditekan lebih rendah semula, paras sokongan pada 0.70800 akan menjadi sasaran sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke zon support berhampiran 0.70000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat