“Perghh harga naik kaw kaw kot, siapa yang beli SOL mesti untung banyak ni.”
Mata wang kripto Solana (SOL) semakin hari semakin menggunung tinggi apabila harganya berjaya mencapai paras $39 daripada $23 pada 19 Oktober 2023, oleh itu terdapat tiga perkara perlu diperhatikan para pelabur pada minggu ini.
Pertama, harga SOL yang mampu melepasi zon rintangan utamanya pada $37 diramalkan dapat mencapai penilaian tidak pernah dilihat sejak bursa kripto FTX menghadapi kejatuhan drastik sehingga mengakibatkan seluruh pasaran aset digital terkesan.
Selain itu, sekiranya zon rintangan pada $38 bertukar menjadi sokongan, maka SOL dijangka mampu mencapai $40 ataupun lebih lagi, tetapi perlu diingatkan bahawa paras tersebut dapat menyebabkan SOL melihat pembetulan harga semula.
Memang tidak dinafikan SOL pada masa ini sedang berada dalam momentum menaik yang kuat, bagaimanapun pelabur mungkin akan kembali menjualnya pada paras $38 dan ini membawa makna harganya boleh melakukan pullback.
Suka dimaklumkan bahawa SOL perlu memecahkan dua tahap rintangan utama lagi untuk meneruskan kenaikan harga lebih tinggi, jadi pelabur perlu perhatikan dengan teliti tindakan harga sekitar $38 untuk sebarang tanda kelemahan.
Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 10.09% pada paras $38.47 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $16 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 27.71% sepanjang minggu lepas.