Boris Johnson Antara ‘Hero’ Atau ‘Pengkhianat’?

371

Pada 25 Disember yang lalu, UK dan Kesatuan Eropah (EU) akhirnya berjaya mencapai kesepakatan dalam rundingan perdagangan pasca-Brexit selepas berbulan-bulan berunding untuk memastikan Britain keluar daripada blok itu dengan perjanjian.

Perjanjian pasca Brexit tersebut akan memastikan UK dan 27 negara blok Eropah dapat menjalin hubungan perdagangan barangan tanpa tarif dan kouta. Persetujuan yang dicapai telah berjaya membantu melindungi daripada kerugian sebanya $894 bilion dalam perdagangan tahunan antara kedua belah pihak.

Walaupun begitu perjanjian ini telah mendapat tentangan daripada nelayan-nelayan UK dan menyifatkan tindakan Perdana Menteri UK, Boris Johnson adalah satu pengkhianatan kerana telah membenarkan beberapa kapal Kesatuan Eropah terus mendapat akses ke perairan pesisir pantai Britain.

Segelintir para nelayan seperti, Phil Mitchell telah menyifatkan Johnson sebagai pengkhianat dan telah menipu. Janji yang ditaburkan untuk beri akses penuh kepada nelayan Britain akhirnya hanyalah tinggal janji, tambah Mitchell. Selain itu, para pemain industri perikanan juga antara yang menyuarakan kritikan terhadap tindakan pentadbiran UK.

Kesepakatan antara UK dengan EU adalah untuk menjamin perdagangan Britain dengan blok tersebut bebas dari tarif dan kuota barang, dimana ia penting untuk lebih banyak jenis industri. Namun isu perikanan adalah antara masalah terakhir yang harus diselesaikan dan ia merupakan titik penting penting rundingan pada ketika itu.

Kerumitan dalam teks perjanjian dan kenyataan yang bertentangan antara Boris Johnson dan pihak pentadbir UK telah menambah lagi ketegangan.

Pada ketika ini, dewan parlimen sedang berbincang untuk meluluskan undang-undang perjanjian Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat