Boris Johnson Berada Dalam Keadaan Tersepit! UK Merupakan Negara Paling Terkesan Akibat Covid-19?

442

UK sedang berada dalam keadaan bahaya dan kini sedang menuju kepada peringkat negara Eropah yang paling terkesan akibat pandemik berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Selasa. Data menunjukkan bahawa kematian akibat jangkitan Covid-19 di UK telah hampir mencapai 20,000 pada 9 hari lepas dan ini merupakan peningkatan jumlah kematian yang tercepat berbanding negara Eropah yang lain.

Angka itu dikeluarkan selepas sehari Perdana Menteri Boris Johnson bercakap tentang kejayaan beliau dalam menangani penularan wabak Covid-19. Angka itu adalah berdasarkan angka yang dicatat pada minggu yang berakhir pada 17 April.

Pejabat Statistik Nasional mengatakan jumlah kematian yang melibatkan COVID-19 di England dan Wales adalah 52% lebih tinggi daripada angka kematian harian di hospital yang dikeluarkan oleh pemerintah pada 17 April.

UK kini berada dalam kalangan antara negara-negara yang paling terkesan dalam fasa pertama berdasarkan kajian Bill Hanage, profesor epidemiologi di Harvard.

Angka-angka tersebut menjadi penanda aras yang harus dihadapi oleh Johnson selepas beliau kembali menggalas tugas setelah pulih dari COVID-19 dan ini juga menyatakan bahawa semakin sukar untuk mengangkat perintah berkurung.

Johnson juga menekankan semalam bahawa masih terlalu berbahaya untuk melonggarkan langkah-langkah perintah berkurung dan terdapat kekhuatiran terhadap fasa Covid-19 yang seterusnya.

Angka kematian di UK yang lebih dari 20,000 menjadikannya antara negara yang paling teruk di Eropah. Jumlah kes sebenar di UK semakin hampir dengan Sepanyol dan bahkan Itali.

Angka harian terbaru yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Britain, kes kematian Covid-19 di hospital mencecah 21,092 kes pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat