Boris Johnson Bersumpah Akan Kurangkan Cukai Untuk Golongan Pekerja Jika Memenangi Pilihan Raya!

220

Boris Johnson mengatakan pada hari Rabu bahawa parti Konservatif komited untuk mengurangkan cukai para pekerja British jika mereka kembali meneruskan pentadbiran dalam Pilihan Raya Umum.

Semasa dalam kempen Boris Johnson di syarikat kejuruteraan di Tesside, beliau telah berhadapan dengan persoalan yang diutarakan oleh para pekerja mengenai janji cukai yang rendah. Adakah janji pengurangan cukai adalah untuk golongan bangsawan atau untuk golongan pekerja? Menurut Boris Johnson, bahawa cukai yang rendah adalah untuk golongan pekerja.

“Pihak pentadbiran UK akan memotong insurans nasional sehingga £ 12,000 dan akan memastikan bahawa kerajaan mengurangkan kadar perniagaan untuk sektor perniagaan kecil. Kami memotong cukai untuk orang yang bekerja. ” – Boris Johnson.

Dalam masa yang sama beliau mengatakan bahawa Parti Buruh akan mengenakan beban cukai yang lebih tinggi ke atas setiap keluarga di UK. Beliau juga mengatakan bahawa Jeremy Corbyn telah mengundi Parlimen untuk peningkatan cukai kepada £7,800 bagi keluarga yang bekerja.

” Mereka sering menunding jari bahawa para bangsawan yang akan menanggung beban cukai tetapi akhirnya yang semua golongan harus menanggungnya.” – tegas Johnson.

Disisi lain John McDonnell yang merupakan menteri kewangan bayangan telah menuduh Perdana Menteri bersongkol dengan golongan ahli bangsawan, perniagaan besar dan perbankan. John McDonnell mengatakan pada hari Selasa, kerajaan Buruh akan berusaha untuk mengimbangi ekonomi dan memberi lebih banyak insentif kepada pekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat