Brexit : UK Terbitkan Rang Undang-Undang Baru – Ini Yang Anda Perlu Tahu

406

Kerajaan UK telah mengesahkan khabar angin yang tular sejak kebelakangan ini bahawa ia berhasrat untuk mengubah perjanjian pengeluaran Brexit yang telah ditandatangani bersama Kesatuan Eropah (EU).

Langkah itu dikecam secara meluas dan disifatkan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang melemahkan kepercayaan dunia terhadap pemerintahan Perdana Menteri Boris Johnson.

Pada Rabu, kerajaan Britain telah melancarkan draf undang-undang Brexit untuk menulis semula beberapa bahagian daripada perjanjian pengeluaran yang telah mencetuskan kebimbangan EU.

Draf yang dikeluarkan Downing Street itu, dinamakan sebagai rang undang-undang Pasaran Dalaman UK yang akan memberi kuasa secara sepihak kepada UK untuk mengubah beberapa peraturan mengenai kastam dan perdagangan pasca Brexit di Ireland Utara.

Selain itu, kerajaan Britain juga ingin menyingkirkan peraturan bantuan negara pasca Brexit di Ireland Utara, yang mana ia akan menghapus ‘kesan langsung’ undang-undang EU. Peraturan ini dibuat untuk memberikan hak kepada syarikat atau perniagaan untuk membuat tuntutan jika terjadi perselisihan di bawah undang-undang Eropah.

Di samping itu, rang undang-undang juga membatalkan Artikel 10 mengenai bantuan negara dan mengatakan ia tidak akan disesuaikan dengan pengadilan undang-undang Eropah atau mana-mana tindakan perundangan EU.

Tindakan ini nyata mencetuskan kebimbangan EU dan menggesa untuk berjumpa dengan Britain bagi mendapatkan penjelasan atas apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan itu. Sehubungan daripada itu, Naib Presiden Suruhanjaya Eropah President Maroš Šefčovič dan Michael Gove dari UK disahkan akan bertemu pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat