Britain Kini Menghampiri Ambang Rundingan Yang Amat Penting Buat Negara!

57

Perdana Menteri Britain, Theresa May dijangka akan memulakan proses rundingan Brexit pada Isnin selepas Parlimen meluluskan undang-undang yang memberikan beliau kuasa untuk memulakan proses keluar dari EU.

Ahli-ahli Dewan Rakyat telah mengundi terhadap proses perubahan rang undang-undang yang dibuat oleh Dewan Tinggi pada awal bulan ini selepas kerajaan mengeluarkan hujan untuk mendapatkan kebebasan untuk menjalankan operasi tanpa sebarang sekatan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh David Davis, Britain kini berada di ambang rundingan yang amat penting buat negara.

Justeru, proses rundingan keluar menjelang akhir bulan ini perlu dijalankan seperti yang telah dirancang demi kepentingan seluruh rakyat di UK.

Rang undang-undang kini telah dihantar kepada Queen sebagai simbolik kelulusan sebelum May bersedia untuk mencetuskan tempoh rundingan yang dijangka akan memakan masa sehingga dua tahun sebagaimana yang tertakluk di dalam Article 50.

Jurucakap May menjangkakan proses tersebut akan berlaku seawal Selasa, namun beliau dijangka berbuat demikian akhir bulan ini.

Tugas beliau juga dikatakan menjadi lebih rumit apabila Menteri Scotland, Nicola Sturgeon menuntut referendum kemerdekaan yang baru pada akhir 2018 atau 2019 setelah syarat-syarat Brexit menjadi lebih jelas.

Dagangan Minyak Global Masih Berlegar Diparas Terendah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat