BTC Bullish, 7 Token Gaming Ini Pun Naik Sakan!

1,030

“Siapa yang beli token gaming mesti gembirakan, ye la mesti sekarang dah ada untung kan.”

Setelah harga Bitcoin (BTC) mencecah $50,000 buat kali pertama sejak tahun 2021, banyak token gaming juga memacu naik apabila Immutable (IMX) menandakan harga tinggi dua tahun ke $3.15 dan MAVIA daripada Heroes of Mavia lebih empat kali ganda canak.

Firma pelaburan VanEck pada Disember 2023 menjangkakan IMX akan meningkat menjadi 25 mata wang kripto teratas mengikut modal pasaran pada 2024 dan pada masa itu, ia berada di kedudukan ke-31 pada harga $2 kemudian kini di kedudukan ke-22 dengan modal pasaran $3 bilion.

Bukan itu sahaja, BEAM yang merupakan token ekosistem gaming Beam daripada Merit Circle DAO juga melonjak 70% sepanjang minggu lalu dan kini didagangkan melebihi $0.02 serta menduduki tempat ke-55.

Sungguhpun mempunyai modal pasaran lebih kecil setakat ini, token MAVIA iaitu game strategi yang dilancarkan baru-baru ini telah menyaksikan pendakian besar-besaran dalam nilai sejak debut pada minggu lepas.

Selain mengadakan airdrop pada minggu lepas, Heroes of Mavia telah menganugerahkan MAVIA kepada 100,000 pemain awal yang menyambungkan akaunnya ke website game bersama-sama pemilik tanah non-fungible token (NFT) yang mengambil bahagian dalam promosi terdahulu.

Suka dimaklumkan token Axie Infinity (AXS) juga naik 13% pada $7.88 manakala The Sandbox (SAND) dan Gala Games (GALA) masing-masing raih 12% serta 13% termasuk Illuvium (ILV) yang menggunung 35% sepanjang minggu lalu pada $96.40 daripada $70 pada 5 Februari 2024.

Meskipun begitu, satu pengecualian ketara adalah RON, token rangkaian gaming Ethereum Ronin yang melonjak melebihi $3 minggu lalu sebelum harganya jatuh hampir 4% sejurus selepas disenaraikan di Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat