BTC Hendak Kemana? Pengasas BitMEX Keluarkan Jangkaan Yang Menimbulkan Kegusaran Pasaran!

495

Arthur Hayes, salah seorang pengasas BitMEX terbaru berkongsikan pandangan beliau mengenai ramalan harga Bitcoin. Ramalan terbaru itu menimbulkan sedikit kegusaran dalam kalangan pemain pasaran kerana beliau menjangkakan harga BTC akan didagangkan lebih rendah. Beliau menyatakan, “Saya fikir harga BTC akan jatuh di bawah $40,000.”

Perubahan dalam sentimen ini datang selepas beliau membuat ramalan jangka panjang yang bullish untuk Ethereum (ETH) pada paras harga $5,000 dan Solana (SOL) pada paras $200. Selain itu, perubahan ini juga bersesuaian dengan pengumuman refunding berkala suku tahunan dari Kementerian Kewangan Amerika Syarikat yang akan datang.

Arthur Hayes, yang juga merupakan pengasas bersama platform pertukaran kripto BitMEX, berkongsi pandangan bearish beliau terhadap Bitcoin dalam satu catatan pada 22 Januari.

Hayes menyatakan, “BTC kelihatan sangat lesu. Saya rasa kita akan jatuh di bawah $40,000.” Beliau menambah bahawa harga BTC akan terus menurun sehingga pengumuman refunding berkala suku tahunan Kementerian Kewangan Amerika Syarikat pada 31 Januari. Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat, Janet Yellen, berpotensi untuk menekan harga BTC lebih rendah dengan komen-komen bearishnya, tetapi komuniti sedang menunggu perubahan paradigma dalam momentum.

Dalam catatan sebelumnya pada hari yang sama, Arthur Hayes menyatakan SPX dan BTC berhenti mencatat aliran peningkatan bersama selepas pelaksanaan Bitcoin ETF Amerika Syarikat. Beliau menunjukkan masalah kecairan dalam pasaran ketika para pelabur sedang menanti pengumuman makro penting.

Harga BTC terus merosot selepas catatan Arthur Hayes dan turun kepada $40,027. Harga kini didagangkan pada $40,743. Rendah dan tinggi dalam tempoh 24 jam adalah $40,364 dan $41,855. Selain itu, volume perdagangan meningkat sebanyak 72% dalam tempoh 24 jam, menunjukkan minat dalam kalangan ‘traders’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat