BTC ‘Mengamuk’, Melonjak Melebihi Paras Dagangan $57K!

461

Selepas beberapa hari BTC didagangkan secara mendatar di sekitar $51,000 dan $52,000, harga Bitcoin melonjak dengan tinggi semalaman dan pada awal hari ini dengan mencapai puncak baru dalam tempoh 26 bulan iaitu  melebihi $57,000.

Matawang kripto alternatif juga telah berubah menjadi hijau, dengan SOL berjaya melonjak melepasi $110 dan harg BCH meletup hingga $300.

Mata wang kripto utama mengalami tempoh tujuh hari yang sepi pada minggu lalu apabila harganya utamanya berada di sekitar $52,000, selain daripada beberapa lonjakan singkat ke arah $53,000 dan beberapa penarikan semula ke paras $51,000.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa pembetulan ini mungkin berterusan apabila aliran masuk mingguan ke ETF Bitcoin spot menurun. Walau bagaimanapun, itu tidak terjadi dan mendorong keterujaan dalam pasaran. Aset itu memulakan pergerakan mengejut pada malam apabila ia melonjak melepasi  paras dagangan $53,500. Pada awal pagi hari ini, pasaran kripto  melonjak lebih jauh dari jangkaan dan menyentuh paras dagangan $57,000 untuk kali pertama sejak akhir 2021.

Pada masa penulisan, aset kripto BTC tersebut kekal di atas tahap tersebut, dengan modal pasrannya  telah melonjak melebihi $1.1 trilion. Dominasi BTC ke atas koin alternatif, yang semakin berkurang baru-baru ini, kini meningkat sebanyak 1.4% kepada 49.5%. Walaupun kebanyakan mata wang kripto alternatif telah kekal di bawah BTC dari segi keuntungan harian, seperti yang dapat dilihat dengan peningkatan dominasi Bitcoin.

Ethereum meneruskan lonjakan dengan peningkatan 7% sehingga mendorong paras harga ke $3,250. SOL telah mendapatkan semula tahap $110 selepas lonjakan harian 9%. XRP, ADA, Avalanche, Polkadot, Chainlink, dan Polygon disisi lain melonjak sebanyak 5-8%. Dogecoin telah menjadi perhatian utama dengan lonjakan besar 12% hampir ke $0.1.

Dengan kebanyakan mata wang kripto alternatif dalam kategori modal  pasaran rendah dan sederhana didagangkan dengan dalam keadaan menghijau, modal pasaran kripto keseluruhan telah melonjak sebanyak $140 bilion di CoinGecko kepada $2.250 trilion pada masa kini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat