“Haih sikit je naik tu, bila la agaknya harga BTC nak tembus $36K.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menembusi $35,500 apabila Federal Reserve (Fed) semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada awal pagi tadi dilaporkan menghentikan sementara kenaikan kadar faedah untuk November 2023.
Setelah menyedari pelaksanaan pengetatan dasar dapat memberi tekanan ketara terhadap aktiviti ekonomi, Pengerusi Fed Jerome Powell akan menetapkan tindakan akan dilakukan seterusnya berhubung dasar monetari.
Bagaimanapun, Powell yang masih tiada keputusan untuk dibuat mengenai mesyuarat FOMC seterusnya akan lebih memerhatikan pasaran buruh dan keadaan kewangan pasaran lebih luas agar dapat menentukan sama ada ingin naikkan kadar faedah atau tidak.
Susulan ditanya tentang hasil bon dan kesannya ke atas dasar monetari, Powell yang kini sedang memerhati tekanan perbankan berkata bahawa hasil bon lebih tinggi perlu berterusan untuk beri impak ke atas pendirian dasar monetari.
Sekiranya mengekalkan kenaikan semasa dalam hasil, dorongan negatif terhadap aktiviti ekonomi akan tercetus tetapi Powell masih tidak pasti dalam menjangkakan apa kesan yang akan berlaku pada hasil bon jika kadar faedah dinaikkan.
Meskipun begitu, Fed sehingga kini tetap berhasrat untuk mencapai sasaran inflasinya pada 2%, tetapi pada masa sama tetap berpendapat pasaran telah semakin kukuh dan pertumbuhan ekonomi di luar jangkaan apabila bank pusat AS menghentikan kenaikan kadar faedah.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.89% pada paras $35,523 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $694 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 2.35% sepanjang minggu lepas.