BTC Tergelincir Lagi, Kenapa Paras $59K Diberi Tumpuan?

461

“Pelabur mesti gelisahkan, halving dah nak dekat tapi masih tak pasti harganya akan naik atau turun.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjunam sehingga $59,709 pada waktu pagi sesi dagangan Amerika Syarikat (AS) pada hari Rabu semalam yang merupakan tahap paling lemah sejak awal Mac 2024.

Namun, BTC memulih sedikit apabila book order pasaran spot bagi BTC/USDT pada Binance melihat bids clustered di bawah $60,000 yang menunjukkan permintaan kukuh di bawah paras itu yang boleh menghentikan penurunan harga selanjutnya dalam jangka pendek.

Menurut Joel Kruger, ahli strategi pasaran di LMAX Group pula berkata tingkah laku para pelabur BTC pada masa ini boleh menyebabkan kelemahan pasaran kripto berterusan untuk sementara waktu susulan pelabur besar belum mula beli biarpun harga sekarang berada dalam penurunan.

Data blockchain terkini juga menunjukkan pemegang besar BTC masih menahan daripada membeli sebarang aset digital itu, jadi di sini dapat dilihat harganya boleh buat beberapa lagi kelemahan atau consolidation sebelum naik kembali, ulas Kruger lebih lanjut.

Tambahnya lagi, paras $59,000 adalah tahap teknikal penting perlu diperhatikan pelabur susulan ia merupakan zon sokongan ketara di mana harga BTC melantun dua kali sehingga Mac 2024.

Jika BTC boleh bertahan di paras itu, harganya boleh meneruskan kenaikan sehingga $100,000 tetapi sekiranya gagal maka aset digital itu boleh melihat tekanan menurun yang ketara ke $59,000 atau lebih bawah lagi antara $45,000 dan $50,000.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 3.65% pada paras $61,419 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 13.06% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat