Buat Apa Nak Beli NFT, Boleh Dapat Duit ke?

4,618

Jangan terkejut banyak kelebihan NFT ni.

Di Malaysia, hype berkenaan NFT semakin membara apabila seorang influencer yang terkenal dengan membuat video pendek resipi memasak telah menyatakan hasratnya untuk menceburi dunia NFT.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bagaimana memiliki NFT ini dapat memberi sebarang kelebihan mahupun manfaat kepada mereka.

Maka artikel ini akan terangkan serba sedikit berkenaan kelebihan memiliki NFT.

a) Dapat kekalkan pemilikan dan keaslian NFT

  • Teknologi NFT yang berada pada rangkaian blockchain membenarkan artis dan pencipta asal mengekalkan pemilikan hak mereka serta keasliannya dan pembeli akan mendapat keistimewaan terhadap NFT yang dimiliki apabila nama mereka akan terpapar sebagai pemilik sah.

b) Dapat menjual semula NFT pada harga lebih tinggi

  • Kebiasaanya NFT akan dibuat dalam kuantiti yang terhad maka ia akan meningkatkan permintaan yang lebih tinggi dan sama sekali akan membuatkan nilainya semakin melonjak jadi ia merupakan salah satu peluang pelaburan yang menarik dan berpotensi besar.

c) Dapat memastikan keselamatan NFT yang dibeli

  • NFT yang dibuat tidak dapat dipadam, dimusnahkan atau membawa ia keluar dari blockchain maka NFT tersebut terselamat daripada sebarang kemusnahan akibat bencana seperti kebakaran, banjir dan kehilangan kerana tiada bentuk fizikal.

d) Dapat akses terhadap komuniti

  • Pemilik NFT berpeluang untuk mendapat pengaksesan yang lebih terhadap produk edisi terhad berbanding mereka yang tidak memiliki token ini.

e) Dapat jana pendapatan melalui bermain game

  • Evolusi blockchain telah mewujudkan aplikasi permainan yang membolehkan pemain menjana pendapatan daripada ganjaran yang diterima dalam bentuk token dan ditukarkan kepada wang fizikal.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat