Budak 17 Tahun ‘Mastermind’ Godam Twitter!

615

Graham Ivan Clark, yang berasal dari Tampa, Florida dan berusia 17 tahun, telah berhadapan dengan pertuduhan menjadi mastermind kepada aktiviti penggodaman beberapa akaun Twitter selebriti pada bulan lalu. Namun begitu, remaja 17 tahun itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan pada hari Selasa di Mahkamah Hillsborough Circuit.

Menurut sebuah laporan, pihak pendakwa telah mengemukakan sebanyak 30 tuduhan terhadap Clark hinggakan dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 200 tahun. Ianya melibatkan 17 kesalahan penipuan komunikasi, 11 kesalahan penggunaan maklumat peribadi secara haram, satu tuduhan penipuan terancang lebih dari $ 5,000 dan satu tuduhan mengakses komputer atau alat elektronik secara haram.

Clark kini dipenjara dengan jaminan sebanyak $ 725,000 dan perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 5 Ogos untuk pengurangan jumlah jaminan.

Untuk pengetahuan semua, Clark bersama dengan Nima Fazeli, Orlando yang berusia 22 tahun dan Mason Sheppard yang berumur 19 tahun, berasal dari United Kingdom didakwa melakukan penggodaman pada bulan Julai untuk mendapatkan akses ke sekurang-kurangnya 130 akaun Twitter orang ternama dan syarikat berprofil tinggi termasuk Elon Musk, Barack Obama , Joe Biden dan Apple.

Pelaku didakwa menggunakan akaun tersebut untuk menyiarkan tweet yang meminta orang ramai untuk mengirimkan sejumlah Bitcoin (BTC) ke wallet address yang ditentukan, serta memberi jaminan bahawa mereka akan menerima 2 kali ganda daripada jumlahnya. Bahkan berjaya menipu pengguna Twitter hampir $ 117,000 dalam masa 3 jam melakukan aktiviti itu.

Manakala 2 individu yang terlibat dalam aktiviti berkenaan iaitu Fazeli dan Sheppard, telah berhadapan dengan tuduhan serupa di mahkamah persekutuan California. Fazeli bakal menjalani hukuman penjara 5 tahun dan dikenakan denda hingga $ 250,000 sementara Sheppard dijatuhkan hukuman penjara 45 tahun dan denda sebanyak $ 750,000.

 

Anda mungkin juga berminat