Bukan 1 Tapi 3! Firma Ini Tambah Saham Pada Gergasi Teknologi Ketika Murah

173

‘Buy the dip punya skill ni, mungkin tak lama lagi ada jutawan baru.’

Tiger Global Management, firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), dilaporkan menambah pegangannya dalam 3 gergasi teknologi tatkala syarikat-syarikat tersebut alami penurunan nilai saham.

Pemfailan Tiger Global menyaksikan firma menambah kepentingan yang dipegang dalam Microsoft Corp, Block Inc milik Jack Dorsey dan Uber Technologies sepanjang suku ke-3 (Q3) lepas.

Diperincikan bahawa firma menambah kepentingan yang dipegang dalam Microsoft sebanyak 16.4%, menjadikan ia pelaburan ke-2 terbesar Tiger Global semasa Q3 dan menambah lagi 9.3 juta saham pada Uber.

Sebagai konteks, gergasi teknologi dalam indeks Nasdaq Composite AS alami penyusutan 28% setakat tahun ini ekoran risiko kemelesetan dan tekanan geopolitik.

Umumnya mengetahui bahawa syarikat-syarikat teknologi AS kini bergelut untuk mengekalkan prestasi mereka lebih-lebih lagi dasar pengetatan monetari oleh bank pusat dalam membendung inflasi membuatkan pelabur berhati-hati berbelanja.

Selain itu, firma pelaburan AS itu turut dikatakan membeli saham syarikat teknologi lain yang berpotensi seperti Pagaya Technologies Ltd dan PayPal Holdings.

Di sebalik penambahan tersebut, firma dilihat juga mengurangkan kepentingan dalam syarikat seperti JD.com Inc, Nu Holdings, Blend Labs Inc dan SentinelOne Inc.

Menyingkap porfolio pelaburan firma, ia alami penyusutan nilai sebanyak $10.9 bilion pada Q3 atau di bawah $1 bilion dari paras tertinggi Jun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat