Bukan Lagi Sekadar Meme, Elon Musk Umum DOGE Di Terima Pakai Di Stesen Pengecasan Tesla!

1,222

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla yang acap kali gemar membuat heboh di Twitter beliau, pada hari minggu yang lalu Tesla telah mengumumkan satu kenyataan yang membuatkan hati pemegang dogecoin berbunga. Dalam tweet terkini, beliau mengisytiharkan bahawa Stesen Pengecasan Tesla akan menyokong Doge sebagai bentuk pembayaran.

Musk telah menanggapi tweet yang dikeluarkan oleh Ryan Zohoury, pengasas Tesla Console, dimana beliau telah berkongsikan rancangan mengenai Doge. Para peminat dan pemegang Doge menyambut baik pengumuman terbaru ini sehinggakan Stesen Pengecasan Tesla di Santa Monica dipenuhi orang ramai hanya dalam masa 10 minit selepas pengumuman.

Bukan itu sahaja, pengumuman tersebut  juga membawa indikasi yang positif dalam kalangan komuniti Doge terhadap masa depa kripto meme terbesar dalam pasaran kripto itu.

Baru-baru ini juga, Musk juga telah memberi ‘hint’ dengan menyatakan hasratnya untuk membenarkan penggunaan dogecoin untuk projek Starlink.

Stesen pengecasan Tesla menerima DOGE adalah suatu langkah yang memenuhi jangkaan kerana Tesla telah mula menerima Doge sebagai bentuk pembayaran untuk beberapa produknya. Mana-mana pemegang dogecoin kini boleh membeli produk Tesla seperti cawan tali pinggang dan ATV untuk kanak-kanak.

Selepas pengumuman ini, harga Dogecoin telah menunjukan aliran menaik Dogecoin didagangkan pada paras harga purata $ 0.141 dengan lonjakan hampir 10% sebelum jatuh berikutan pembetulan harga dan sentimen yang tidak positif terhadap pasaran kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat