Bursa Asia Dibuka Lemah Namun Bursa Malaysia Mengukuh Pada Hari Jumaat

266

Bursa saham dibuka lemah pada hari Jumat dalam sesi dagangan Asia. Hal yang sama juga berlaku pada bursa saham utama Eropah dan Wall Street apabila ditutup lemah.

Indeks ASX 200, Australia mencatat kejatuhan sebanyak 0.13%, kejatuhan saham terbatas dan mula naik kerana diimbangi dengan kenaikan harga saham sektor kewangan dan saham tenaga.

Indeks Nikkei 225, Jepun jatuh menjunam berikutan kejatuhan harga saham sektor teknologi, pembuatan dan runcit. Indeks Kospi, Korea selatan juga dibuka lemah didorong oleh kejatuhan saham-saham blue-chips.

Indeks Hang Seng, Hongkong dan indeks Shanghai Composite masing-masing dibuka rendah.

Walaubagaimanapun bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari ini berikutan pemulihan sentimen pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat