Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Sambung Selepas Cuti Deepavali

112

Bursa Malaysia Bhd. dan anak syarikatnya akan ditutup pada hari Isnin depan, 13 November 2023 bersempena cuti umum Deepavali yang jatuh pada hari Ahad ini.

Bursa saham itu berkata mereka akan beroperasi semula pada hari Selasa berikutnya, 14 November 2023.

Pagi ini, FBM KLCI mengalami penurunan sebanyak 1.29 mata untuk ditutup kepada 1,456.31 daripada paras penutupan semalam, 1457.60.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata keseluruhan pasaran adalah positif apabila minat tertumpu kepada kaunter berharga rendah berikutan keyakinan terhadap keputusan pendapatan korporat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.

Beliau menjangkakan indeks petunjuk pasaran akan melantun semula pada bila-bila masa dan dijangka ia diniagakan dalam jajaran 1,455-1,470 bagi tempoh berbaki minggu ini, ujarnya kepada Bernama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat