Bursa Malaysia Dominasi Rentak Positif Didorong Aktiviti ‘Bargain Hunting’

239

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih tinggi dengan didorong oleh aktiviti belian unit saham murah.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.89 mata (0.18%) kepada 1,617.62 berbanding penutupan Khamis pada 1,614.73.

Indeks barometer dibuka 1.24 mata lebih tinggi pada 1,615.97 dan berlegar-legar antara 1,622.49 hingga 1,615.97 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran meluas adalah negatif apabila kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 690 berbalas 378, 461 kaunter tidak berubah, 854 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah bernilai 3.38 billion unit yang bernilai RM2.13 bilion.

Dalam satu kenyataan Malacca Securities Sdn Bhd, pendorong kenaikan saham tempatan adalah disebabkan oleh peningkatan pusat data, kecerdasan buatan dan tema perkhidmatan cloud dalam pasaran teknologi Malaysia.

Mereka melihat pendapatan sektor teknologi telah merosot dan bakal mencerminkan pergerakan harganya yang lebih kukuh pada masa akan datang.

Peserta pasaran akan memberi tumpuan ke atas alatan digital, keselamatan siber dan perkhidmatan pembuatan elektronik. Kesan limpahan terhadap saham dalam sektor pembinaan, hartanah dan utiliti di tengah-tengah peningkatan pusat data daripada syarikat multinasional juga turut diperhatikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 2.0 sen kepada RM10 dan Tenaga Nasional meningkat 8.0 sen kepada RM13.78, manakala CIMB Group dan IHH Healthcare masing-masing naik 1.0 sen kepada RM6.96 dan RM6.25.

Sementara itu, Public Bank susut 1.0 sen kepada RM4.12.

Antara saham aktif, JAKS Resources meningkat 3.0 sen kepada 16 sen, Jati Tinggi Group meningkat 8.0 sen kepada 43.5 sen, YNH Property menambah 12.0 sen kepada 60 sen, WCT Holdings naik 4.5 sen kepada 82 sen dan Datasonic Group meningkat 1.5 sen kepada 56.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 48.02 mata kepada 12,351.71, Indeks FBMT 100 berkembang 40.49 mata kepada 11,936.26, Indeks FBM Emas Shariah melantun 71.18 mata kepada 12,647.36, Indeks FBM 70 menambah 137.88 mata kepada 17,778.73 dan Indeks FBM ACE meningkat 47.31 mata kepada 5,547.25.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 9.79 mata kepada 17,647.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.30 mata kepada 197.54, Indeks Tenaga meningkat 2.07 mata kepada 967.71, Indeks Perladangan menokok 31.28 mata kepada 7,144.14, Indeks Telekomunikasi dan Media susut 0.84 mata kepada 611.75. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat