Bursa Malaysia Tidak Terjejas

192

RHB Investment Bank Bhd mengekalkan harga sasaran untuk Bursa Malaysia Bhd pada RM9.70 berikutan aktiviti dagangan Bursa Malaysia dijangka kekal rancak pada tahun ini, didorong oleh penyertaan runcit yang berterusan dan putaran sektor kepada sektor kitaran.

Bank pelaburan itu seperti dipetik oleh Bernama sebagai berkata, nilai harian purata sekuriti (SADV) dan jumlah harian purata derivatif (DADV) bursa akan kekal tinggi pada 2021, walaupun sederhana dari tahun lepas, penyertaan runcit yang masih kukuh dan putaran sektor kepada sektor kitaran akan mengekalkan dagangan.

“Jangkaan SADV kami pada 2021 sebanyak RM3.15 juta mengandaikan normalisasi 26% tahun ke tahun dari tahun 2020 yang luar biasa, tetapi masih lebih tinggi daripada paras dagangan sebelum Covid-19, iaitu 30% lebih tinggi daripada purata SADV pada 2017-2019,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan pertama tahun 2021 dengan SADV sebanyak RM5.36 bilion dengan jumlah nilai dagangan sebanyak RM26.79 bilion.

RHB Investment Bank menganggarkan jumlah nilai dagangan dan SADV pada suku keempat 2020, masing-masing kekal kukuh sebanyak RM319 bilion dan RM4.98 bilion.

“Walaupun SADV susut 14% suku ke suku berbanding paras lebih tinggi pada suku ketiga, Bursa Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan 143% tahun ke tahun, menolak kebimbangan mengenai kekurangan mudah tunai, terutamanya dalam kalangan pelabur runcit selepas moratorium,” ujarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat