Bursa Sedikit Kecundang Angkara Ketegangan Geopolitik Memuncak

176

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.59 mata pada 1,587.67 daripada penutupan Jumaat pada 1,591.26.

Indeks dibuka lemah 3.19 mata pada 1,588.07.

Ia dibuka lemah ekoran sentimen pasaran yang berada dalam mood berjaga-jaga selepas Amerika Syarikat (AS) dan China bakal mengadakan mesyuarat mengenai krisis Rusia-Ukraine.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 223 berbanding 146, manakala 204 kaunter pula tidak berubah, 1,733 tidak didagangkan dan 28 digantung.

Jumlah perolehan pada 201.30 juta unit bernilai RM111.68 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan disebalik keadaan semasa yang sedang berlaku, bursa dijangka kekal optimis.

Tambahnya, pelabur sedang memberi tumpuan kepada peningkatan prospek mengenai pilihan raya umum.

Selain itu, kaunter minyak dan gas mungkin memanjangkan keuntungan dengan harga minyak mentah mengukuh pada US$100 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 5 sen pada RM8.97, Public Bank Bhd turun 7 sen pada RM4.62 dan Petronas Chemicals Group Bhd hilang 1 sen pada RM9.39 sementara IHH Healthcare Bhd tambah 3 sen pada RM6.40.

Saham aktif memperlihatkan NWP Holdings Bhd, Sapura Energy Bhd dan SMTrack Bhd kekal pada 2.5 sen, 4 sen and 8.5 sen sementara Nylex (Malaysia) Bhd naik 6.5 sen pada 50.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 mencapai 55.14 mata pada 13,323.13 dan FBM ACE melonjak 15.85 mata pada 5,355.31 sementara indeks FBM Emas melemah 18.70 mata pada 11,249.77, indeks FBM Emas Shariah menurun 8.83 mata pada 11,809.16 dan indeks FBMT 100 menyusut 23.39 mata pada 10,953.33.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan merundum 0.37 mata pada 202.97, indeks Perladangan memadam 7.67 mata pada 7,902.28 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 64.78 mata pada 16,667.01.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat