Bursa Wall Street Dibuka Pada Paras Tertinggi Namun Ditutup Bercampur, Bursa Malaysia Terus Kukuh

269

Bursa saham Asia dibuka bercampur pada awal sesi perdagangan hari Khamis. Pelabur memberi tumpuan pada penyusutan matawang US dolar yang terus melemah berbanding matawang lain.

Hal yang sama juga berlaku di pasaran Amerika Syarikat apabilah saham-saham di bursa Wall Street ditutup bercampur walaupun mencapai paras tertinggi pada awal sesi perdagangan.

Indeks Dow Jones mencatat peningkatan sedikit. Manakala Indeks S&P 500 dan Indeks Komposit Nasdaq mengalami kejatuhan semasa penutupan.

Kejatuhan indeks Saham Nasdaya adalah disebabakan kejatuhan saham Apple. Penganalisis berpendapat penjualan iPhone semakin berkurangan. Selain itu saham-saham Facebook, Amazon dan Alphabet juga diperdagangkan lemah.

Di Asia, Indeks Nikkei, Jepun didagangkan lemah. Indeks Hang Seng hanya mencatat peningkatan tipis. Namun Indeks Shanghai dan indeks Kospi terus mengukuh.

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada hari ini berikutan pembelian saham secara sederhana dalam kalangan pelabur.

Pelabur memberi tumpuan pada data kadar faedah Malaysia dan data perdagangan Hong Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat