Bursa Wall Street Ditutup Kukuh 3 Hari Berturut-Turut, Saham Asia Naik

289

Bursa saham asia dibuka kukuh pada sesi perdagangan hari Rabu didorong oleh penutupan tinggi di Bursa Wall Street. Para pelabur memberi tupuan pada data-data yang akan dikeluarkan di kawasan Asia termasuk data inflasi US.

3 hari berturut-turut, bursa US ditutup kukuh sehingga hari Isnin. Indeks Dow Jones ditutup naik 0.16%. Indeks komposit Nasdaq naik 0.45% manakala indeks S&P 500 naik 0.26%.

Harga saham Apple naik 1% sementara Cisco mencatat peningkatan 1.55%.

Terdapat kekhuatiran bahawa kadar inflasi lebih tinggi daripada perkiraan sehingga ia dapat mendorong aktiviti penjualan.

Indeks Nikkei 225 dibuka mengukuh 0.38% pada awal sesi perdagangan setelah ditutup pada harga pembetulan. Saham-saham dari sektor pembuatan menjadi pendorong utama pengukuhan bursa saham Jepun. Saham Fanuc Manufacturing menguat 1.42%.

Saham-saham sektor kewangan dan tenaga juga mencatat pengukuhan dalam bursa Tokyo.

Laporan yang dikeluarkan di Jepun, melaporkan bahawa GDP Jepun mencatat pertumbuhan 0.5% setahun berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan bacaan 0.9% . Pada suku tahun keempat pula mencatat pertumbuhan 0.1% berbanding sasaran penganalisis 0.2%.

Bursa saham Korea Selatan juga mencatat pengukuhan apabila indeks Kospi naik 0.89%. Saham Samsung naik 2.61% dan saham SK Hynix naik 2.06%.

Bursa Malaysia dibuka tinggi tiga hari berturut-turut berikutan minat belian dalam kalangan pelabur.

Sejumlah data ekonomi yang akan dikeluarkan di kawasan Asia hari ini, ialah FDI China, pertumbuhan ekonomi Malaysia suku tahun keempat 2017 dan India Wholesales Prices.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat