Bye AS! Rusia Nak Jadi Geng China!

1,272

Menurut sebuah laporan, Rusia bersedia untuk mengembangkan hubungan dengan China dalam semua bidang. Kenyataan tersebut dikemukakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam pertemuan Valdai Discussion Club pada semalam.

Menurut presiden berkenaan, hubungan antara 2 buah negara tersebut telah mencapai tahap yang sangat tinggi. Mereka saling mempercayai dan telah menjalinkan hubungan yang kuat, dan mempunyai fungsi berkesan kepada semua bidang.

Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa sering mengadakan perundingan dengan pemimpin China yang dianggap sebagai rakannya bahkan mencari peluang untuk mencapai kemajuan bersama.

Tambahnya lagi, tahun lalu nilai perdagangan antara kedua-dua negara melebihi $ 111 bilion dolar. Oleh itu, beliau sangat yakin bahawa mereka mampu untuk mencapai lebih banyak lagi.

Selain itu, kini kedua-dua negara sedang melaksanakan projek berskala besar bersama yang melibatkan bidang tenaga dan bidang ekonomi lain serta memperkuat interaksi di arena antarabangsa.

Tambahan daripada itu, Putin menyatakan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk terus bekerjasama dengan China dalam suasana ramah dan saling menghormati, yang bertujuan untuk mencapai hasil lumayan bagi rakyat kedua-dua buah negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat