Capai Jangkaan Kenaikan Ke Paras $1.3800, GBP/USD Susut Semula

355

Pergerakan bagi mata wang Pound Sterling sukar dijangka ekoran ketiadaan data-data tumpuan ekonomi UK yang diterbitkan pada minggu ini selain pelabur masih melihat ketidakstabilan pada pemulihan semasa bagi ekonomi UK.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terus dipacu oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran.

Kenaikan harga pada dagangan Selasa semalam dilihat sudah mencapai sasaran paras 1.38000 pada zon SBR (support become resistance).

Namun setelah beberapa kali menguji paras tersebut, harga menjunam pada sesi New York sekitar 60 pips untuk menutup dagangan di sekitar paras pembukaan sesi Asia sebelumnya semula.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu juga memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish harga.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji zon support harga pada 1.37000 minggu lalu dan penurunan lebih rendah pula akan ke zon support 1.36000 yang merupakan paras terendah harga untuk tempoh 5 minggu.

Namun penganalisis meramalkan penurunan harga yang berlaku hanyalah sementara ekoran aktiviti pengambilan untung (profit taking) yang berlaku ke atas US dolar dan pelabur juga berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat di penghujung minggu.

Jika US dolar kembali melemah, harga bakal meningkat semula dan menguji kembali zon SBR 1.38000 dengan jangkaan untuk melepasi ke paras lebih tinggi pada minggu ini.

Melepasi zon tersebut bakal mendorong kenaikan menuju zon rintangan tumpuan seterusnya pada 1.39000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat