Capital A Beri Peluang Baru Kepada Bekas Pekerja Melalui Kedai Runcit AirAsia

1,095

Semua bidang Capital A nak terokai, lepas ni tak nak cuba bidang politik pulak ke?

Capital A, yang dahulunya AirAsia, akan mengambil semula pekerja yang terpaksa diberhentikan pada 2020 melalui anak syarikatnya, AirAsia Grocer.

AirAsia Grocer merupakan platform membeli-belah runcit dalam talian yang memadankan petani tempatan dan peniaga runcit dengan pengguna.

Ketua pegawa eksekutif (CEO) AirAsia Grocer, Joanna Ibrahim, AirAsia Grocer merupakan cabang penghantaran barangan runcit bagi aplikasi Super AirAsia, dahulunya AirAsia Farm.

Sebagai makluman, AirAsia Farm telah ditubuhkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun 2020 yang disokong oleh AirAsia Digital dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Ia telah ditubuhkan bagi menangani isu hasil segar yang menjadi pembaziran ekoran gangguan logistik.

Menurut Joanna, mereka akan mengutamakan pengambilan semula bekas pekerjanya dengan 2 pertiga pekerja AirAsia Grocer akan diambil daripada sektor penerbangan dan yang mana-mana sebelum ini memegang pelbagai jawatan yang berkaitan dengan ruang penerbangan.

Hujar beliau lagi, pendapatan syarikat naik 18 kali tahun ke tahun (YOY) walaupun menghadapi masalah untuk mendapatkan kepercayaan petani dan segmen perniagaan-ke-perniagaan (B2B) mencanak dalam temboh 6 bulan, seterusnya menyaksikan syarikat tersebut peroleh keuntungan pada momentum dengan pengembangan operasinya bagi memasukkan jualan perniagaan-kepada-pengguna (B2C).

Antara yang diambil semula bekerja adalah bekas juruterbang David John, bekas kru kabin kanan, Hazree Zakaria dan bekas jurutera kanan operasi penerbangan, Trevor Wong yang menzahirkan rasa terima kasih dan keterujuaan memulakan pekerjaan dalam bidang baharu dalam AirAsia Grocer.

Dalam pada itu, pada majlis penukaran identiti korporat kumpulan tersebut pada 28 Januari 2022, CEO Capital A, Tan Sri Tony Fernandes telah meluahkan pandangannya untuk mengaplikasi teknologi blockchain dalam operasi kedai runcit AirAsianya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat