Capital A Mahu Lebih Banyak Kelonggaran Bagi Menyokong Pemulihan Ekonomi

565

‘Dah bagi betis, nak peha pula?’

Memasuki minggu ke-3 Malaysia membuka pintu sempadan negara dan ia telah memberi manfaat kepada Capital A Bhd serta syarikat induknya AirAsia Avation Group.

Namun, masih terdapat banyak peraturan yang perlu diikuti dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi melibatkan perjalanan merentasi negara.

Oleh kerana itu, Ketua Pegawai Komersial Capital A, Colin Currie, menyeru negara-negara Asia terutamanya, melonggarkan lebih banyak peraturan perjalanan antarabangsa bagi membantu pemulihan ekonomi.

Menurutnya, negara-negara Asia mencatat peratus kadar vaksinasi yang tinggi, maka sudah tiba masa untuk mengkaji semula halangan yang membebankan perjalanan udara termasuk keperluan ujian sebelum dan semasa ketibaan, kertas kerja tambahan serta insurans perjalanan Covid yang mahal.

Terangnya, sektor perlancongan menyumbang 13% kepada agregat keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan 6% daripada jumlah guna tenaga bagi kebanyakan negara Asia, jadi pemulihan sektor tersebut adalah penting bagi menyokong kehidupan rakyat.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, menambah bahawa beliau berasa sedih apabila tambang penerbangan jauh lebih murah berbanding harga bagi ujian Covid-19 yang diperlukan oleh kebanyakan negara Asia, sehingga menjadikan kos keseluruhan perjalanan udara menjadi satu beban.

Tambahnya, beliau sangat gembira dengan kelonggaran yang diberikan oleh negara Cambodia dan India yang memansuhkan keperluan ujian dan mengurangkan permohonan kertas kerja sementara negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Australia dan Filipina yang hanya melaksanakan keperluan ujian sekali sahaja.

Umum mengetahui bahawa selama hampir 2 tahun sektor perlancongan dan penerbangan menerima kesan yang teruk akibat wabak panemik Covid-19.

Pembukaan semula sempadan telah memberi sinar baru kepada 2 sektor tersebut, namun masih terdapat beberapa halangan yang secara halus menjadi faktor kesukaran untuk sektor tersebut berkembang dalam membantu pemulihan ekonomi.

Dalam pada itu, setakat tengah hari tadi saham Capital A jauh 0.5 sen atau 0.70% pada 70 sen dengan nilai modal pasaran sebanyak RM2.93 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat