Carta AUD/USD Terlompat Selepas Kejutan Mesyuarat RBA!

121

Dolar Australia melambung tinggi sebentar tadi ketika kejutan oleh keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia untuk edisi Jun.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.10%, mengatasi jangkaan untuk kekal pada 3.85%.

Menurut RBA, inflasi sudah pun mencapai tahap puncaknya, namun pada kadar 7% adalah masih terlalu tinggi dan memerlukan tempoh untuk kembali ke paras sasaran.

Tindakan menaikkan kadar ini adalah untuk menambah keyakinan bahawa inflasi akan turun ke paras sasaran dalam tempoh yang bersesuaian.

Carta pasangan mata wang AUD/USD mula menunjukkan pergerakan signifikan setelah keputusan mesyuarat tersebut yang berlangsung pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Harga pada mulanya perlahan di sekitar paras 0.66100 dan mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu.

Kemudiannya lonjakan diperlihatkan sehingga mencapai 0.66700 sebelum harga sedikit bertenang menuju pembukaan awal sesi Eropah.

Kenaikan dilihat masih akan diteruskan untuk menyentuh paras 0.67000 yang menjadi zon tumpuan penting bakal diuji.

Jika kenaikan masih diteruskan ke paras lebih tinggi, antara zon-zon yang boleh diperhatikan adalah pada 0.67700 dan 0.68300.

Namun, tidak mustahil untuk harga berpatah arah untuk membuat penurunan semula dengan pergerakan pasaran berkemungkinan dipacu kembali oleh US dolar.

Jika harga ditekan turun semula, susut di bawah paras sokongan MA50 akan menjangkakan penurunan lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.65500.

Seterusnya, paras sokongan harga yang dicecah minggu lalu sekitar 0.64600 akan menjadi tumpuan sekali lagi untuk dituju jika corak penurunan dikekalkan.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat