Cayalah Elon Musk! Tesla Kini Bernilai $1 Trilion

3,905

Tesla menjadi syarikat kelima dalam sejarah Amerika Syarikat yang mempunyai nilai pasaran $1 trilion pada hari Isnin.

Saham Tesla telah meningkat 12.6% selepas Hertz, sebuah syarikat penyewaan kereta mendedahkan pesanan untuk 100,000 kenderaan yang juga merupakan pesanan terbesar dalam sejarah pembuat kereta itu.

Sebelum ini hanya Apple, Microsoft, Amazon dan Alphabet yang telah mencapai nilai pasaran $1 trilion. Facebook sebelum ini menyertai ‘trillion dollar group’, tetapi terkeluar selepas nilai pasarannya kembali susut.

Hertz akan membayar $4.2 bilion untuk 100,000 Model 3 dalam tempoh 14 bulan akan datang, dan ia juga akan membina rangkaian stesen pengecasan.

Berita mengenai perjanjian itu telah membawa saham Tesla mencecah harga $1,045 seunit, rekod tertinggi harian dagangan sebelum ditutup di sekitar harga $1,024 pada akhir sesi New York.

Terdahulu, jualan yang kuat di Kesatuan Eropah (EU) dan tindakan Adam Jonas dari Morgan Stanley yang menaikkan sasaran harganya untuk Tesla kepada $1,200 seunit daripada $900 juga telah membantu meningkatkan lagi saham syarikat itu.

Dengan prestasi semasa yang dicapai, maka tidak hairanlah sekiranya jangkaan Morgan Stanley sebelum ini menjadi kenyataan. Pengasas Tesla, Elon Musk dijangka akan menjadi ‘trillionaire’ pertama di dunia yang disokong oleh projek SpaceX beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat