Celsius Network Muflis Angkara Keruntuhan Pasaran Kripto!

642

‘Perghh, gantung tak bertali pelanggan syarikat macam tu je.’

Usaha platform pemberi pinjam kripto, Celsius Network tampak tidak membuahkan hasil dengan berita terbaharu bahawa syarikat memfailkan bankrap.

Difahamkan pemfailan bankrap tersebut telah dikemukakan di Mahkamah Kebankrapan Amerika Syarikat (AS) Daerah Selatan New York pada awal pagi 14 Julai waktu tempatan.

Menurut sumber lain yang tidak mahu dikenali pula, platform tersebut memfailkan bankrap Chapter 11* dalam satu prosiding sulit yang masih berjalan.

*Perundangan bankrap AS Chapter 11 membolehkan syarikat terus beroperasi sambil menstruktur semula hutangnya dalam satu tempoh masa dan bagi sesetengah kes, ia boleh meminjam wang bagi membantu penyusunan semula hutang.

Buat masa ini syarikat dikatakan mempunyai $167 juta yang akan dicairkan untuk menyokong penstrukturan semula, dengan aset dan liabiliti asas disatukan dalam lingkungan $1 bilion hingga $10 bilion.

Perkara ini secara tidak langsung menandakan Celsius menyertai syarikat peminjam kripto, Voyager Digital Ltd yang memfailkan bankrap ekoran keruntuhan pasaran kripto.

Umum mengetahui bahawa pasaran kripto, yang menikmati tempoh terbaiknya ketika Covid-19, mengalami penurunan harga mendadak tahun ini dengan token utama TerraUSD runtuh pada awal Mei.

Berbalik kepada berita Celsius, masih tidak diketahui nasib pendeposit yang mempunyai aset dalam platform pinjaman tersebut.

Setakat ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alex Mashinsky tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai isu pendeposit tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Peraturan Kewangan (DFR) mengeluarkan amaran mengenai firma pinjaman kripto yang bermasalah sebagai makluman kepada pengguna bahawa syarikat-syarikat tersebut tidak berlesen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat