CEO AT&T Pertahan Tindakan Syarikat

139

Ketua Eksekutif AT&T, Randall Stephenson menafikan kritikan kononnya syarikat itu terlalu besar dan melabur sejumlah wang yang banyak bagi perniagaan medianya. Tambah beliau, tidak mustahil untuk syarikat itu memiliki rangkaian dan kandungan tanpa wayar dalam skala yang besar. Stephenson juga menjangkakan orang ramai lebih banyak menghabiskan masa menonton kandungan premium dan melihat mereka juga memerlukan lebih rangkaian jalur lebar.

Minggu lalu, firma saham Elliott Management mendesak AT&T untuk menjual sebahagian besar aset yang dirasakan tidak begitu penting, termasuk DirecTV. Untuk rekod, AT&T membeli DirecTV pada tahun 2015 dengan nilai $49 bilion dan Time Warner (kini dikenali sebagai WarnerMedia) tahun lepas berharga $85 bilion.

Ellliott mendedahkan bahawa mereka telah mengambil alih $3.2 bilion saham daripada AT&T. Dalam surat kepada lembaga pengarah AT&T, Elliott berkata masih terdapat kekeliruan mengenai perancangan masa hadapan dan pertumbuhan bagi syarikat itu. AT&T dilihat seperti tidak menyusun perancangan dengan baik terutama sekali berkaitan dengan rangkaian kabel HBO dan perkhidmatan atas talian HBO Max yang bakal dilancarkan Oktober ini.

Dalam masa yang sama, Stephenson menyuarakan keterujaannya pada HBO Max yang dilihat berbeza dengan Disney, Netflix atau Hulu. Mereka juga akan memanfaatkan semua kandungan HBO dan Warner Bros serta telah mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan pihak produksi yang popular.

Stephenson berkata pihak pengurusan AT&T sedang mengkaji surat daripada Elliott. Walaupun dia tidak bersetuju dengan desakan untuk menjual sebahagian besar aset, dia mengatakan bahawa cadangan Elliott adalah tepat di mana AT&T perlu membayar beban hutangnya yang besar dan beliau menyatakan bahawa syarikat telah membuat keputusan yang betul.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat