CEO Coinbase Anggap Isu Menimpa Binance Bakal Buka Lembaran Baru!

383

Industri kripto akhirnya boleh menutup episod sejarah penuh skandal dan masalah setelah Binance dihakimi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, kata CEO Coinbase, Brian Armstrong pada hari Isnin.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap Binance, itu membolehkan kita untuk menutup episod itu dan berharap sekaligus menuntup episod sejarah yang melibatkan skandal,” kata Armstrong dalam satu wawancara. Lanjut beliau, “ada banyak syarikat kripto yang membantu membangunkan ekonomi kripto dan mengubah sistem kewangan kita secara global, namun kebanyakkan  di antaranya masih syarikat kecil.”

“Saya berpandangan  peraturan yang jelas akan membantu mendatangkan lebih banyak pelaburan, terutama dari institusi,” tambahnya.

Binance dikhendaki membayar penyelesaian sebanyak $4 bilion oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada minggu lalu, yang menyebabkan pengasas dan CEO-nya, Changpeng Zhao, meletakkan jawatan dan mengaku bersalah terhadap tuduhan pelanggaran pengubahan wang haram. Kerajaan menuduh Binance melanggar Akta Rahsia Bank Amerika Syarikat dan melanggar sekatan di Iran.

Armstrong menolak pilihan yang menjadikan kripto  digunakan untuk tujuan tidak beretika seperti penipuan, pengubahan wang haram, dan pembiayaan pengganas,.

Armstrong  kini berada di UK untuk Global Investment Summit, yang mengumpulkan sejumlah pemimpin perniagaan untuk menggalakkan pelaburan asing di UK. Coinbase adalah satu-satunya syarikat kripto yang dijemput ke dalam perhimpunan tersebut.

UK dilihat berhasrat untuk membawa aset digital seperti kripto dan stablecoin ke dalam peraturan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat