Cetus Amaran, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Lagi!

565

Korea Utara melancarkan peluru berpandu pada awal pagi tadi dengan Korea Selatan mendakwa kemungkinan ia dilancarkan daripada kapal selam, sehari selepas negara itu mengumumkan rundingan akan dimulakan semula dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu nuklear.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengutuk tindakan itu dan ia dilihat sebagai pelanggaran terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB di samping mendakwa bahawa dua peluru berpandu balistik telah dilancarkan dari pantai timur Korea Utara dengan salah satunya jatuh di perairan Zon Ekonomi Eksklusif Jepun (EEZ).

Tindakan itu mungkin sebagai peringatan oleh Korea Utara yang menolak resolusi PBB melarang penggunaan teknologi peluru berpandu balistik yang dikatakan melanggar haknya untuk mempertahankan diri.

Pelancaran terbaru itu merupakan yang kesembilan sejak pertemuan Trump dan Kim Jong Un di sempadan Zon Bebas Tentera pada bulan Jun.

Korea Utara dan AS bersetuju untuk menyambung semula rundingan nuklear mereka minggu ini dengan bersetuju untuk mengadakan pertemuan awal pada 4 Oktober dan mengadakan rundingan pada hari berikutnya.

Sentimen pasaran menyaksikan pergerakan yen dilihat tidak memberi tindak balas yang ketara susulan berita itu dengan dagangan dolar USD berbanding yen mengukuh manakala pasangan AUD/JPY, NZD/JPY dan EUR/JPY turut meraih keuntungan.

Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal berwaspada dengan mengambil kira faktor lain yang boleh mempengaruhi pergerakan mata wang utama hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat