Cetus Panik Dalam Pasaran, EUR/USD Terjun 100 Pips!

781

Penutup dagangan minggu lalu menyaksikan US dolar pamerkan pengukuhan semula susulan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang meningkat.

Namun penganalisis juga melihat situasi pengambilan keuntungan (profit-taking) berlaku pada penghujung minggu oleh para pelabur menjelang mesyuarat FOMC yang akan menjadi tumpuan utama pada minggu ini.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Jumaat lalu membuat penurunan drastik dengan sekitar 100 pips penurunan harian dicatatkan.

Meleset berbanding jangkaan untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi, harga telah turun sehingga mencecah paras 1.20900 di zon support.

Mata wang Euro juga dilihat gagal untuk menghalang dominasi US dolar berikutan keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) minggu lalu turut mengunjurkan untuk polisi longgar terus dikekalkan bagi menyokong ekonomi.

Namun, menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti, adakah US dolar mampu untuk meneruskan pengukuhan dan menekan harga lebih rendah?

Jika harga berjaya menyambung penurunan melepasi zon support 1.20900-1.20600, penurunan dilihat akan menuju ke paras sokongan seterusnya sekitar 1.20000.

Sebelum ini, paras tersebut telah berjaya menyokong harga daripada terus jatuh lebih rendah ketika dagangan April dan Mei lalu.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon rintangan pada 1.21500-1.21800 akan diuji kembali untuk memberi isyarat sama ada kenaikan lebih tinggi akan berlaku ataupun sebaliknya.

Melepasi zon tersebut akan kembali semula kepada jangkaan kenaikan harga sebelum ini untuk harga menuju zon rintangan pada 1.22500 yang diuji pada Mei lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat