Cetus Panik! Harga Emas Kembali Menggila

703

Kebimbangan terbaru yang dicetuskan isu Credit Suisse telah mendorong pelabur untuk meningkatkan pegangan terhadap aset safe-haven emas.

Ini diperlihatkan pada lonjakan harga logam kuning itu yang meroket ke paras ketinggian terbaru 6 minggu pada $1,937 per auns pada sesi New York.

Pada sesi Asia, keuntungan tersebut sedikit berkurang untuk emas didagangkan pada sekitar harga $1,910 per auns.

Sesi Eropah (Rabu), pasaran telah dikejutkan dengan junaman mendadak saham gergasi pelaburan Switzerland, Credit Suisse lebih 20%.

Ia berlaku selepas pemegang saham terbesarnya, Bank Negara Saudi mengatakan ia tidak memberikan sokongan kewangan selanjutnya ke atas bank itu.

Hal ini secara tidak langsung memperbaharui kebimbangan bahawa krisis perbankan semakin merebak dan menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap sistem bank.

Ekoran daripada itu, semakin ramai pelabur beralih kepada aset yang lebih selamat seperti logam berharga emas.

Selain itu, emas juga mendapat sokongan daripada jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar lebih kecil daripada Federal Reserve (Fed) disebabkan ketidaktentuan yang dicetuskan oleh krisis perbankan di Amerika Syarikat.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat