Cetus Panik! USD Terjun Mendadak Pada Sesi Eropah

1,442

Sesi pembukaan pasaran Eropah menyaksikan junaman drastik raja matawang US dolar yang menyusuli penurunan dalam hasil bon AS, di tengah kebimbangan yang meningkat terhadap varian baharu Covid-19.

Indeks dolar terjun ke paras harga 96.37 dari puncak tertinggi 16 bulan yang dicapainya sebelum ini pada 96.90, sekali gus memberi manfaat buat matawang safe-haven swiss franc dan yen untuk melonjak.

Matawang yen dan swiss franc melonjak 1% berbanding US dolar, di mana kejatuhan hasil bon AS 10 tahun ke tahap 1.50% telah memberi dorongan besar buat yen.

Selain ditekan dengan penyusutan hasil bon, USD juga terkesan oleh aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu dan cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat.

Euro menjadi satu-satunya matawang utama yang menonjol pada sesi Eropah dengan meningkat tinggi ketika kebanyakan matawang lain jatuh mengikuti US dolar.

Sementara matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi pula terus terkesan dengan ancaman terbaru daripada varian B.1.1.529 yang dikatakan sangat mudah merebak dan mempunyai pelbagai mutasi.

Beberapa negara utama seperti AS, UK, Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) telah mula memperketatkan langkah sekatan perjalanan dari Afrika Selatan untuk membendung penularan lebih luas.

Dalam pada itu, matawang pound turut jatuh ke paras terendah terbaru tahun ini di bawah 1.3300 susulan kebimbangan ini.

Dolar Kanada pula menjunam ke paras terendah dua bulan, dihimpit oleh kejatuhan harga minyak mentah dunia 8 minggu susulan kebimbangan varian baru Covid-19 akan mengancam permintaan bahan bakar global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat