Chainlink 2.0 Tampilkan Kontrak Pintar Hibrid!

526

Chainlink kini sudah bersedia dengan ciri terbaharu melalui penerbitan whitepaper ‘Chainlink 2.0: Next Step in the Evolution of Decentralized Oracle Networks’ pada 15 April 2021.

Sedia maklum, Chainlink muncul sebagai sumber data standard industri bagi pasaran DeFi, menghubungkan blockchain dengan sumber luar termasuk data harga.

Dikhabarkan Decentralized Oracle Networks (DONs) yang menjadi asas kepada rancangan itu menyokong fungsi oracle tanpa had yang dipilih untuk digunakan oleh jawatankuasa.

Untuk pengetahuan, DON ialah rangkaian yang dikelolai oleh jawatankuasa nodes Chainlink.

Berikut adalah fokus Chainlink:

  • Memperkenalkan kontrak pintar hibrid (Hybrid smart contracts)
  • Mengurangkan kerumitan
  • Penskalaan
  • Confidentiality
  • Kesesuaian order terhadap urusniaga
  • Mengecilkan kepercayaan (Trust minimization)
  • Sekuriti berasaskan insentif

Kontrak pintar bukanlah sesuatu perkara baru memandangkan telah digunakan oleh penyedia stablecoin, Paxos yang menggunakan Chainlink untuk mendapatkan data harga dan bukti rizab.

Dengan Chainlink 2.0, akan lebih banyak perkhidmatan tersedia untuk projek DeFi, membenarkan pengguna untuk membangunkan lebih banyak kontrak pintar yang maju dan pada masa yang sama membuka ruang kepada pertumbuhan industri kewangan desentralisasi.

Malah MetaLayer yang dibentuk dengan koleksi DONs akan membolehkan banyak sumber off-chain, termasuk kemas kini frekuensi tinggi bagi suapan harga dan sekuriti untuk NFT.

Token natifnya, LINK walaupun kini terpinggir dari senarai 10 matawang kripto teratas, ketika penulisan ia didagangkan pada $40.44 dengan lonjakan hampir 16% dalam 24 jam. Pada minggu lepas, token ini berjaya mencatatkan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan nilai $44.40.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat