China- Australia Kembali Mesra, Import Arang Batu Meningkat!

131
  • Sekatan import arang batu ditarik balik
  • Permintaan meningkat seiring pembukaan semula
  • Lebih banyak firma China akan diberi kebenaran 

Pembukaan semula China turut mendorong penyambungan import arang batu Australia secara beransur-ansur berikutan keperluan yang semakin meningkat untuk bekalan tenaga.

Utiliti dan pembuat keluli China kini akan mempunyai akses kepada arang batu yang lebih berkualiti, manakala Australia boleh mendapatkan semula sebahagian daripada pasarannya yang hilang kepada pembekal termasuk Rusia dan Mongolia.

Perancang negeri Beijing minggu ini membenarkan tiga utiliti yang disokong kerajaan pusat dan pembuat keluli terkemukanya menyambung semula import arang batu dari Canberra. 

Antaranya, China Energy Investment Corp telah membuat pesanan untuk mengimport arang batu Australia yang boleh dihantar akhir bulan ini.

Dalam pada itu, pasaran kini menjangkakan lebih banyak firma akan diberikan kebenaran untuk membelinya dalam beberapa bulan akan datang.

Ini secara tidak langsung mengembalikan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi yang lebih baik buat kedua-dua negara yang sebelum ini terkesan dengan sekatan masing-masing.

Sebagai konteks, pentadbiran Presiden Xi Jinping menjatuhkan sekatan ke atas import arang batu dan beberapa produk Australia yang lain selepas negara itu menyertai Amerika Syarikat yang menggesa siasatan tentang asal usul Covid-19 dijalankan pada 2020.

China, merupakan pengimport terbesar Australia dan berita mengenai penyambungan semula import ini adalah berita baik buat Canberra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat