China Bengang Rakyatnya Kena Sekat!

320
  • China kecam negara sekat rakyatnya
  • Lebih 12 negara buat peraturan baru
  • Beijing ancam tindak balas

China menyelar tindakan sekatan antarabangsa ke atas pelancong dari negara itu dengan menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima.

Sebaik sahaja China mengumumkan pembukaan semula sempadannya, terdapat beberapa negara mengambil langkah awal dengan memperkenalkan peraturan perjalanan baru.

Setakat ini, lebih 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis menetapkan keperluan ujian Covid-19 negatif sebelum ketibaan ke atas semua pelancong dari China.

Jurucakap Hal Ehwal Luar Negara, Mao Ning mengkritik tindakan tersebut, mengatakan ia tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima sama sekali.

Malah, beliau juga memberi amaran bahawa negara itu boleh bertindak balas terhadap sekatan tersebut, mengikut prinsip timbal balik.

Kenyataan beliau ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada negara-negara yang melaksanakan langkah tersebut.

Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne mengatakan beliau tidak melihat apa-apa yang salah dalam peraturannya kerana ia adalah demi melindungi rakyatnya.

Sementara itu, White House pula berkata tiada sebab Beijing perlu bertindak balas terhadap AS dan negara lain yang mengenakan kawalan ke atas pelancongnya.

China kini bergelut dengan lonjakan baharu kes dan kematian akibat Covid-19 selepas ia mengetepikan dasar sifar Covidnya pada bulan lalu.

Walaupun begitu, Beijing tetap meneruskan pembukaan semula, mengumumkan penamatan kuarantin mandatori semasa ketibaan dalam satu langkah untuk merancakkan ekonominya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat