China Bersedia Untuk Menanggung Impak Buruk Daripada Hubungan Perdangangan Ini

551

China menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menanggung segala kesan negatif daripada hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat,menurut jabatan perdagangan pada hari Khamis. Jabatan perdagangan turut mengatakan bahawa peningkatan tarif ke atas barangan import US tidak akan memberi kesan yang besar terhadap industri domestik mereka.

Menurut jurubicara Gao Feng, ” Jika US masih berkeras untuk gunakan polisi perdagangan yang bersifat perlindungan tertutup bagi menghambat pembangunan China dan memaksa China menerima konsesi maka mereka telah salah pengiraan.”

Berdasarkan laporan terbaru, US pada minggu ini telah mengatakan bahawa mereka telah menyekat syarikat Amerika daripada menjual barangan kepada syarikat telekom China ZTE selama tujuh tahun. Manakala China pada hari Selasa mengumumkan polisi anti-dumping terhadap cukai import bijiran U.S  dan mengukur kembali import getah sintetik daripada U.S, EU dan Singapura pada hari Khamis.

” Kami mampu untuk mengatasi cabaran yang terhasil daripada isu perdagangan China-US.” kata Gao. Gao juga menambah bahawa China tidak teragak-agar memberi respon atas tindakan US pada ZTE.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan penganalisis percaya bahawa kedua-dua belah pihak akan cuba berkompromi dan mengelakkan perang perdagangan. Namun sehingga kini belum ada rundingan rasmi antara US dan China berkenaan perdagangan., kata Gao.

Ekonomi global dapat berkembang dalam kadar terpantas sejak 2010, tetapi sikap perlindungan perdagangan mampu untuk memperlahankan pertumbuhannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat