China Bersetuju Mansuhkan Pinjaman Tanpa Faedah Terhadap Afrika

388

Berita baik buat Afrika apabila Beijing memutuskan untuk memansuhkan kesemua pinjaman tanpa faedah bagi negara-negara Afrika yang perlu dibayar semula kepada China pada hujung 2020.

Presiden China, Xi Jinping yang menyampaikan khabar itu pada Rabu turut menggesa institusi kewangan China seperti Export-Import Bank of China dan China Development Bank untuk menjalankan konsultasi dengan negara-negara Afrika mengenai pengaturan pinjaman komersial.

Sejak April lagi G20, negara-negara terkaya dunia bersetuju untuk memansuhkan pembayaran hutang sehingga hujung tahun ini. Minggu lalu Beijing menjelaskan penangguhan pembayaran tersebut merangkumi 77 negara berpendapatan rendah termasuk negara di Afrika, menjadikan sebahagian daripada rancangan G20.

Sebelum ini Beijing telah memansuhkan hampir kesemua pinjaman tanpa faedah ke atas negara di Afrika dengan jumlah dikurangkan sebanyak 5% daripada jumlah keseluruhan hutang tersebut dan selebihnya dilindungi oleh pinjaman konsesi dan komersial.

Pada 2018, China membatalkan pinjaman Cameroon yang bernilai US$78 juta, Botswana (US$7.2 juta) dan Lesotho (US$10.6 juta). Pada 2019, hutang Sudan yang bernilai US$160 juga telah dibatalkan dan pada tahun yang sama China telah menyusun semula hutang yang dipinjam oleh Congo-Brazzaville, memberi peluang negara itu membuat pinjaman tambahan sebanyak US$449 dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Walaupun China tidak pernah mendedahkan jumlah keseluruhan pinjaman, namun data oleh China Africa Research Initiative merekodkan China telah mengemukakan lebih daripada US$143 bilion kepada 49 kerajaan Afrika dan syarikat milik negara mereka sekitar tahun 2000 dan 2017.

Xi juga turut mengumumkan bahawa pihak mereka akan memulakan pembinaan ibu pejabat baru Africa Centres for Disease Control dan Prevention dan mempercepatkan pembinaan hospital di beberapa negara Afrika. Malah, jika vaksin Covid-19 berjaya dihasilkan, Afrika akan menjadi keutamaan.

Afrika, negara yang mencatatkan kes melebihi 259,000 dengan kematian melebihi 7,000 meminta China untuk pertimbangkan bantuan rawatan bagi tempoh enam bulan. Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menekankan bahawa mereka memerlukan bekalan perubatan, alat bantuan pernafasan, kit ujian dan kemudahan baru seperti keperluan untuk kuarantin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat