China Datang Takluki Bumi Dengan Jenama-Jenama Ini, Mereka Akan Tiba Tak Lama Lagi Apa Mungkin Terjadi?

752

‘Jenama China kini tak boleh di cop pasar malam punya standard dah.’

Firma-firma dari China dilihat mengungguli ranking ‘100 Jenama Paling Berharga’ sungguhpun mengalami masalah gangguan rantaian bekalan di sebalik situasi inflasi dan langkah penutupan Covid-19 yang memberi cabaran kepada aktiviti perniagaan.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Kanta BrandZ*, jenama pakaian sukan terkemuka China iaitu Li Ning Co mencatat lonjakan nilai jenama terpantas dalam sejarah sebanyak 66% pada $3.4 bilion.

*Firma yang mengumpul data kewangan dan penyelidikan ekuiti jenama bagi mengukur sumbangan sesebuah jenama kepada prestasi kewangan perniagaan.

Mencerap senarai tersebut lagi, sebanyak 47 jenama berjaya membina nama di persada dunia pada tahun ini berbanding 40 sahaja pada 2021.

Antara yang mencuri tumpuan adalah jenama teknologi pengguna TCL yang menduduki ranking ke-94 selepas berjaya mendapat kontrak bersama FIBA, Copa America dan beberapa bintang sukan antarabangsa lain.

Selain itu, platform sosial gaya hidup Xiaohongshu yang merupakan pendatang baru berjaya menduduki ranking ke-37 dengan nilai jenama sebanyak $6.6 bilion sementara pembuat perkakas rumah Haier menembusi tangga 10 teratas.

Pemain terbesar industri dari China seperti Tencent Holdings Ltd kekal pada tempat 4 teratas sementara Alibaba Group Holdings Ltd di kedudukan ke-2.

Ringkasan ranking adalah seperti berikut:

  • Tencent – $204 bilion
  • Alibaba – $137 bilion
  • Moutai – $108 bilion
  • Douyin – $43 bilion
  • Meituan – $42 bilion
  • ICBC – $36 bilion
  • JD – $34 bilion
  • Huawei – $34 bilion
  • Haier – $33 bilion
  • Ping An – $26 bilion
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat