China Huru-hara, Pasaran Kacau Bilau!

471

Kebangkitan US dolar kembali menghiasi dagangan awal minggu selepas mendapat sokongan daripada sentimen berisiko berhubung Covid-19 di China dan kenyataan hawkish penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada 106.70 ketika sesi Asia.

Raja mata wang itu pada mulanya hanya meraih sedikit kenaikan ketika awal dagangan, melonjak lebih tinggi pada sesi New York (Isnin) setelah pembuat dasar Fed James Bullard dan John Williams.

Presiden Fed St Louis James Bullard mengatakan bahawa bank pusat itu perlu meneruskan kenaikan kadar sehingga 2023, membawa kadar dana mereka kepada julat sasaran 5%-7%.

Dalam pada itu, Presiden Fed New York John Williams mengatakan inflasi masih tinggi dan ia akan mengambil masa untuk turun, menegaskan bahawa bank pusat perlu lebih berusaha dalam menurunkan tekanan harga.

Sementara itu, dagangan safe-haven mendapat dorongan untuk mengukuh pada Isnin berikutan ketegangan yang semakin meningkat di China.

Kemarahan rakyat China meletus pada hujung minggu, menyaksikan beratus-ratus penunjuk perasaan menunjukkan protes di Shanghai berikutan rasa tidak puas hati terhadap sekatan ketat Covid-19 yang tidak berkesudahan.

Mata wang sensitif risiko, dolar Australia dan New Zealand susut mendadak berikutan ketidaktentuan yang menimpa China.

Dolar Aussie turut terjejas oleh kejatuhan pertama jualan runcit Australia untuk tahun ini pada bulan Oktober, menandakan kenaikan kadar faedah yang tinggi akhirnya memperlihatkan kesan kepada perbelanjaan.

Dalam pada itu, euro memaparkan pergerakan luar biasa dengan melonjak tinggi pada sesi Eropah ekoran pendirian Bank Pusat Eropah (ECB) yang hawkish untuk melanjutkan peningkatan kadar faedah.

Bagaimanapun apabila melangkah masuk ke sesi New York, mata wang itu kembali memadamkan keuntungan berikutan dagangan US dolar yang lebih kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat