China Janjikan Kemenangan Dalam Perang Dengan Amerika!

663

Sekatan yang dikenakan pentadbiran Biden tidak mematahkan semangat Presiden Xi Jinping untuk menang dalam perang teknologi antara China dengan Amerika Syarikat.

Dalam ucapan pada pembukaan Kongres Parti Komunis ke-20, Xi Jinping berkata tumpuan akan diberikan kepada keperluan strategik negara, mengumpul kekuatan dan memenangi pertempuran dalam teknologi teras utama.

China akan mempercepatkan inovasi dalam bidang yang penting untuk membangunkan teknologi sendiri dan bergerak pantas melancarkan beberapa projek utama yang strategik serta kepentingan jangka panjang.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bagaimana Beijing menangani sekatan baharu AS ke atas eksport teknologi yang boleh mengurangkan keupayaannya untuk membangunkan semikonduktor, superkomputer, sistem pengawasan dan senjata canggih.

Awal bulan ini, Jabatan Perdagangan AS melancarkan peraturan menyeluruh yang mengehadkan penjualan semikonduktor dan peralatan membuat cip kepada China.

Negara itu juga menambah 31 organisasi ke senarainya yang tidak disahkan, termasuk Yangtze Memory Technologies Co. Dan anak syarikat pengeluar peralatan cip terkemuka Naura Technology Group Co., dengan membataskan keupayaan untuk membeli peralatan dari luar negara.

Tindakan itu adalah yang paling agresif pernah diambil pentadbiran Biden dalam usaha untuk menghalang China daripada membangunkan keupayaan yang dilihatnya sebagai ancaman.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat